Categories

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

Selamat datang ke laman web www.takafulterbaik.com 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

Apakah Takaful Puteri?

TAKAFUL PUTERI ialah satu polisi hayat yang direka untuk melindungi anda daripada tekanan kewangan disebabkan oleh penyakit wanita, kematian atau kehilangan upaya sehingga tamat tempoh polisi.
 
Selain itu, polisi ini juga membayar manfaat pada pelbagai peringkat kehidupan. pada tarikh tamat tempoh polisi, TAKAFUL PUTERI akan membayar balik semua premium yang sudah dibayar ditolak tuntutan yang sudah dibuat.

Apakah kelebihannya?

Apakah Kelebihannya?
   

Terdapat 3 pelan utama:
       - Pelan 1 - RM50,000
       - Pelan 2 - RM100,000
       - Pelan 3 - RM150,00

coverage tp

Apakah perlindungannya?

KanserLupus rheumatoid arthritis
 
 
Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana Kemalangan. 
 
Pemindahan Kulit kerana Kanser Kulit.
 
Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks.
 
Komplikasi Kehamilan.
              - Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan)
             - Kehamilan Ektopik( kandungan luar rahim )
             - Kandungan Molar
             - Kematian Fetus (selepas 195 hari mengandung)
             - Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas lahir)
  • Penyakit Kongenital Bayi (hidup lebih daripada 30 hari selepas lahir dan didiagnos dalam tempoh 2 tahun selepas lahir)
        - Kecacatan Ventrikel Septum
        - Kecacatan Atrium Septum
        - Sindrom Down
        - Spina Bifida
        - Tetralogi Fallot
        - Transposisi Pembuluh Utama
 

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

MEDICAL CARD PRUBSN HEALTH ENRICH+ (HE+)

Medical Card HE+ yang terkini ditawarkan oleh PruBSN Takaful Berhad. Terdapat beberapa kelebihan berbanding dengan medical card yang sebelumnya iaitu Health Enrich (HE)....

 

HE
 
Fungsi asas medical card HE+ ini adalah sama dengan medical card plan yang sebelumnya, iaitu memberi perlindungan kewangan untuk rawatan di hospital sama ada disebabkan oleh penyakit atau kemalangan atau kecederaan.

Tetapi, Pelan terbaru HE+ ini mempunyai ciri2 tambahan terbaru yang menarik 

Antara kelebihan utama medical card HE+ ini adalah :
 

Annual Limit menjadi 2 kali ganda

1ANNUAL LIMIT (HAD TAHUNAN) AKAN MENJADI 2 KALI GANDA jika client disahkan mengidap 3 jenis sakit kritikal (cancer, sakit jantung dan dialysis buah pinggang)
2xhadtahunan
 
Apabila client disahkan mengidap salah satu dari 3 penyakit di atas (Sakit Jantung, Dialysis atau Cancer), annual limit (had tahunan) akan dibuka sebanyak 2 kali ganda dari amount limit sedia ada. Ini membolehkan client untuk membiayai kos rawatan yang mungkin melebihi limit tahunan sedia ada. 
Dalam kebanyakkan kes, sekali client kena je salah satu penyakit nie, biasanya kos rawatan akan melonjak tinggi terutamanya pada permulaan rawatan. Jadi, HE+ membuka had tahunan supaya dapat menampung kos rawatan yang tinggi tersebut.
Limit ini pula akan terus jadi double walau pun ditakdirkan client sembuh dari penyakit...jadi, kalau berlaku penyakit lain yang memerlukan kos rawatan tahunan yang tinggi, ia sangat membantu client daripada mengeluarkan wang sendiri untuk kos rawatan yang tinggi.
Namun, client perlu bijak menggunakan limit tersebut, jangan simply masuk hospital dan gunakan kalau bukan bebetul perlu, kerana berkemungkinan ada pihak2 yang akan mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran yang lebih tinggi bila mengetahui limit anda telah pun dibuka kepada 2 kali ganda.

Elaun rawatan untuk penyakit Jantung, Kanser atau Dialysis

elaunrawatan
• Medical Card HE+ menawarkan elaun harian (tertakluk kepada had maksimum yang ditawarkan, sehari RM 100..dan had maksimum setahun dan seumur hidup bergantung kepada plan yang client ambil.)  kepada client. Ini kerana, apabila client mendapatkan rawatan sakit kritikal (3 di atas)...terdapat kos2 lain selain dari kos perubatan. Iaitu kos pengangkutan, upah orang nak bantu dalam process pergi, semasa dan balik dan pelbagai kos2 lain yang tak boleh nak claim under medical card. Jadi, elaun ini akan memberikan kelegaan kepada client. Ini adalah ciri2 istimewa medical card HE+ dari PruBSN.
 
• Walau pun amount claim tidak banyak, tapi sekurang2nya ia dapat membantu meringankan beban kewangan client dari segi kos2 yang tidak dicover oleh medical card.

Rawatan pesakit luar untuk dialysis buah pinggang dan kanser 100% coverage

rawatanpesakitluar
Apabila client mengidap penyakit ini (cancer dan chronic kidney disease (CKD) sehingga memerlukan DIALISYS), rawatan berterusan diperlukan. Jadi, walau pun anda ambil plan Smart Saver 300 (bukan bayaran penuh)..untuk rawatan pesakit luar untuk 2 penyakit kritikal ini akan dicover 100% oleh PruBSN Takaful. 
 
Sebagai contoh, rawatan Kemoterapi atau Dialisys yang mana perlu dibuat dalam kekerapan tertentu...dan kalau Dialisys memang seumur hidup....jadi, kos berterusan ini sangat membebankan. Sekiranya client ada medical card HE+ ini, mereka tidak perlu risau dari segi kos rawatan, dan mereka boleh focus untuk buat rawatan. Ini kerana PruBSN sangat prihatin dengan keperluan medical card di luar.
Terdapat beberapa jenis medical card yang di luar menawarkan rawatan pesakit luar untuk Cancer dan Kidney, yang mana apabila disahkan sakit sahaja disebabkan 2 penyakit nie, limit seumur hidup medical card akan dihadkan. Anda harus meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Manfaat komplikasi kehamilan

manfaatkomplikasikehamilan
• Manfaat ini amat istimewa kerana, tiada medical card yang seumpamanya (setakat statement ini ditulis) yang ada kat Malaysia yang macam nie. Maksudnya, medical card yang ada cover 8 jenis komplikasi utama.
 
Details mengenai komplikasi kehamilan boleh rujuk di bawah.
• Berikut adalah senarai komplikasi kehamilan yang dilindungi. 
1.Pembekuan Intravaskular
2.Kehamilan Ektopik (Kandungan luar rahim)
3.Kandungan Molar
4.Pendarahan Postpartum memerlukan histerektomi
5.Eklampsia
6.Embolisme Cecair Amniotik
7.Embolisme Pulmonari Semasa Mengandung
8.Toksemia Semasa Mengandung
• Manfaat ini amat sesuai kepada wanita2 yang belum berkahwin dan ada perancangan untuk berkahwin dan mempunyai anak, selain yang sudah berkahwin yang mungkin merancang untuk mempunyai anak.

Pengecualian deposit untuk kemasukkan di hospital-hospital

tiadadeposit
• Diantara hospital2 terpilih yang dimaksudkan adalah :
    - Prince Court Medical Centre, KL
    - Gleneagles Intan,KL
    - Sunway Medical Centre, PJ
    - Tropicana Medical Centre, Damansara
    - Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), Shah Alam
    - KPJ Johor Specialist, JB
    - Gleaneagles, Penang
    - KBMC, Kota Bharu
    - Mahkota Medical Centre, Melaka
    - KPJ Kuching, Sarawak
 
Jadi, kalau anda ambil 2 plan yang saya sebutkan di atas tu, dan perlu masuk hospital untuk mendapatkan rawatan, anda tidak perlu membayar deposit kerana anda dikira sebagai VIP patient oleh hospital tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang terbaik.

Tambahan had seumur hidup untuk manfaat pemindahan organ


pemindahanorgan
 

Sekiranya anda memerlukan rawatan perpindahan organ, dan anda sign up plan HE+ Advanced atau HE+ Premier, had seumur hidup akan dinaikkan kepada 100K dan 200K masing2. Ini kerana, kos rawatan untuk perpindahan organ memang sangat mahal dan rawatan biasanya tidak dilakukan sekali...sebab dalam kebanyakkan case akan ada process follow up yang berterusan. So, ini serba sedikit dapat membantu anda meringankan beban kewangan.

Manfaat pembedahan balik hari

manfaatpembedahanharian

• Manfaat ini membolehkan client yang memerlukan pembedahan kecil atau simple (minor surgery) dan bukan memerlukan bius penuh, sebaliknya hanya memerlukan bius setempat (bius pada tempat yang terlibat dengan pembedahan sahaja). Jadi, client tidak perlu untuk bermalam.

• Untuk plan terdahulu, sekiranya client ingin menggunakan manfaat ini, mereka perlu membayar bill dahulu dan buat tuntutan kemudian (bayar dulu baru claim)...namun, sekarang ini, medical card HE+, kami memahami keperluan anda, jadi, anda boleh mendapatkan (Surat Kebenaran dari pihak PruBSN) untuk membolehkan proses pembedahan tidak dibayar oleh client. Sebaliknya, pihak hospital akan membuat tuntutan terus ke hospital. Ia lebih memudahkan client dan proses rawatan akan lebih mudah dan cepat.

Kemudahan mendapatkan pendapat kedua (Second Opinion)


2ndopinion
• Sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal, mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat second opinion daripada Doktor pilihan mereka dan mereka layak untuk membuat tuntutan sebanyak RM 500 dan RM 1,000 setahun (masing2 bagi medical card HE+ Advanced dan HE+ Premier)
 
•Dan ada beberapa lagi ciri-ciri istimewa plan medical card Health Enrich + (HE+)....Saya menasihatkan anda, sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan yang lebih details, sila berhubung dengan mana2 agent yang sah, dan kalau boleh yang full time dan committed. Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat dari saya, anda boleh
 

 

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

Bila terbaca keratan akhbar ini, teringat satu kisah sepasang suami isteri...

Si isteri sgt menentang keputusan suami utk mengambil polisi takaful kerana memikirkan kewangan keluarga yang terhad. Sang suami berfikiran jauh dan mengambil keputusan utk ambil polisi takaful tanpa pengetahuan si isteri..
Beberapa bulan kemudian, sang suami kemalangan dan meninggal dunia.. Maka bersedihlah si isteri dan keluarga. Dilihatnya wajah anak2 mereka yg masih kecil. Kesian.. Anak2 yang masih kecil yg tidak mengerti apa2. Hidup tanpa ayah..
Kini si ibu perlu memikul tanggungjawab sebagai ayah+ibu.. Perlu mencari rezeki untuk membesarkan anak2. Perbelanjaan sekolah, keperluan harian, sewa rumah semuanya berlegar di fikiran.

Buntu apabila memikirkan bagaimana hendak menghadapi semua ini seorang diri. Kemudian datang berita daripada adik arwah suami bahawa arwah ada mengambil pelan takaful. Alangkah terkejutnya si isteri. Terus mereka berurusan dengan pihak takaful.  Si isteri menitiskan air mata, apabila syarikat takaful mengeluarkan cek RM100 Ribu sebagai pampasan atas kematian suaminya.

Maka, bermulanya timbul kesedaran tentang kepentingan mengambil pelan takaful. Si isteri menarik nafas lega, dengan duit pampasan ini dapatlah kiranya menguruskan keluarga berseorangan buat sementara waktu sebelum memikirkan langkah seterusnya. Si isteri telah belajar akan kesilapannya dulu. Dengan duit pampasan yg ada, digunakan sedikit untuk mengambil pelan takaful utk dirinya. Hati berkata "kalaulah aku xde nnti, apalah yg akan ku tinggalkan utk anak2 ku? Diharap dgn pelan ini adalah sedikit peninggalan utk mereka"

Pelajaran buat isteri : Jangan larang suami ambil pelan takaful, jika mereka tiada, itulah peninggalan buat anda.

Pelajaran buat suami : Jadilah suami yang bertanggungjawab. Fikirkan tentang nasib isteri dan anak2 apabila kita tiada nanti.

  • by Super User
  • Explore
  • Feb 17, 2018

Perkongsian dari seseorang yang saya boleh saya panggil "abang" kerna umurnya yang mencecah 50 tahun. Beliau bercerita bagaimana beliau dahulunya seorang yang sangat negatif tentang insuran dan takaful. Bagaimana pun kerna satu insiden dan peristiwa telah mengubahkan pendiriannya untuk selama2nya. Beliau memulakan cerita....

Pada awal tahun 2015 beliau iaitu bulan januari anaknya kemalangan menaiki motosikal sewaktu pulang dari tempat kerja. Anaknya meninggal ditempat kejadian akibat kecederaan yang teruk. Kesedihan yang teramat sangat dirasai kerna itu adalah anak lelaki sulungnya. Anak yang ditatang dari kecil dengan penuh kasih sayang. Padanya itulah bakal pembela keluarga semasa umur tuanya. Setelah 2 minggu bersedih diatas kematian anaknya itu, beliau dihubungi seorang Ejen Takaful memberitahu bahawa anaknya ada membeli polisi Takaful baru2 ini. Abang ini dengan rasa hairan kata " tak mungkin, sebab saya tahu anak saya ni takkan buat sesuatu tanpa meminta kebenaran saya"..

Satu pertemuan diatur diantara Ejen Takaful dengan abang ni untuk menunjukkan segala transaksi pembelian sijil takaful yang dibeli anaknya itu. Setelah diteliti memang benar anaknya ada memegang sijil Takaful syarikat tersebut. Beliau tidak menyangka bahawa anaknya itu baru sahaja menyertai pelan takaful itu 3 minggu sebelum kematiannya iaitu pada akhir bulan disember 2014.
Setelah ditunjukkan semua bukti2 itu, Ejen takaful berkenaan menyerahkan cek pampasan bernilai RM50,000 kepada beliau. Alangkah terkejutnya beliau dengan hanya sekali sumbangan dalam pelan takaful dapat pampasan sebegini. Tanpa diduga air mata jantannya mengalir membasahi pipi, terkenangkan anaknya yang seolah2 tahu akan ajalnya hampir tiba.

Beliau lanjut berbicara, "Wan buat betul2 kerja Wan ni, jumpa orang2 mcm saya yg dulu negatif tentang insuran takaful. Tak faham apa pun. Hanya dengar cerita kawan2 yang sama negatif tentang insuran takaful tanpa fahami apa yang sebenarnya".
Setelah beberapa ketika saya mohon mengundurkan diri kerna ada urusan yang lain pula. Salam dihulur tanda sampai masanya untuk kami berpisah, pelukan mesra sebagai penghargaan atas perkongsian pengalaman. Jelas wajahnya muram menampakkan lagi akan kesedihannya..
Begitu lah pengalaman sebagai ejen takaful. Pelbagai kisah suka duka orang ramai yang didengar. Banyak juga kes yang saya jumpa prospek yang berminat nk ambil pelan takaful tetapi suami tidak beri izin dan mcm2 lg.

Apa yang penting adalah "Apa yang akan kita ditinggalkan untuk anak / isteri / mak ayah / adik kakak selepas pemergian kita" Adakah hutang? atau sebaliknya.


Top
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…