9 Soalan Wajib Anda Tanya Ejen Sebelum Ambil Takaful

Umur terbaik takaful

Ini adalah soalan wajib yang anda perlu tanya ejen sebelum anda sign mana mana pelan takaful

Syarikat Saya Sediakan Takaful. Perlu Ke Saya Ambil Takaful Sendiri?

syarikat dah sediakan takaful. perlu ke saya ambil lagi

Untuk pengetahuan anda, insurans/ takaful yang disediakan untuk para pekerja mereka adalah terhad dari segi jumlah perlindungan, pampasan kematian, dan lain lain pampasan. Yang paling penting adalah ianya hanya untuk pekerja yang masih bekerja, adakah anda akan berkerja di syarikat tersebut selamanya?

Maka setiap orang dinasihatkan untuk memiliki polisi insurans/ takaful sendiri.

Saya Sudah Ada Medical Card. Perlu Ke Untuk Ambil Hibah Takaful?

Fungsi kedua dua pelan ini berbeza. Hibah takaful adalah sebagai perlindungan pedapatan anda, manakala medical card sebagai menampung kos rawatan di hospital jika berlaku kemalangan dan sebagainya. Secara amnya, semestinya hibah takaful sangat penting kepada sesetengah individu seperti suami atau ketua keluarga.

Tetapi, dengan kos perubatan yang semakin meningkat, medical card juga sudah menjadi satu keperluan bagi setiap individu.

Berapa Umur Yang Ideal Untuk Saya Ambil Takaful?

umur terbaik untuk ambil pelan takaful

Sebenarnya untuk mengambil insuras/ takaful ini tiada waktu ideal yang disyorkan untuk ambil, ianya bergantung kepada kemampuan dan kesedaran seseorang untuk mengambilnya. Lagi cepat, lagi bagus kerana takaful mempunyai tempoh menunggu sebelum boleh digunakan. Tetapi umur 20-30 tahun adalah umur dimana kebanyakan orang mengambil takaful kerana harga yang rendah jika dibandingkan dengan orang berumur 30 tahun ke atas.

Semakin usia kita meningkat, semakin tinggi risiko untuk menghidapi penyakit dan ini mengakiatkan harga pelan takaful tinggi.

Adakah Sumbangan Takaful Saya Akan Meningkat Setiap Tahun?

adakah harga polisi insurans takaful akan naik setiap tahun

Soalan yang paling penting ditanya kepada ejen takaful anda bagi mengelakkan berlaku kekeliruan pada masa akan datang. Terdaat 2 jenis sumbangan takaful.

  1. Sumbangan meningkat – bayaran permulaan bagi jenis sumbangan ini adalah rendah. Tetapi akan berlaku peningkatan setiap beberapa tahun.
  2. Sumbangan mendatar – bayaran permulaan jenis ini agak tinggi. Tetapi sumbangan tidak meningkat sehingga tamat tempoh polisi.

Kedua dua jenis sumbangan ini mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Suaikan mengikut kemampuan dan keperluan anda.

Apa Jadi Jika Saya Tak Bayar Sumbangan Takaful Saya Nanti?

apa akan jadi jika anda tidak bayar polisi insurans takaful anda

Kos perubatan dan manfaat takaful anda tidak akan dapat digunakan jika anda tidak membayar sumbangan takaful anda. Oleh itu jika anda tidak mampu untuk mengambil pelan yang mahal, ambil pelan yang sesuai dengan kemampuan anda. Serendah RM50 pun ada di pasaran hari ini. Bermula dengan sedikit dahulu, kelak jika anda mampu baru tambah.

Apa Akan Jadi Jika Saya Nak Batalkan Pelan Takaful Saya Nanti?

Sebaiknya JANGAN batalkan polisi yang sudah anda ambil. Terutama yang sudah bertahun lama. Jika tidak mampu, anda boleh berhubung dengan ejen anda untuk minta pengurangan sumbangan takaful anda.

Jika masih ingat membuat pembatalan, maka ada 2 jenis kemungkinan yang berlaku. Jika polisi anda mempunyai unsur pelaburan, maka anda akan dapat wang tunai (cash value) jika polisi ditamatkan. Jika pelan anda itu tiada unsur pelaburan, maka anda tidak akan dapat apa-apa dari penamatan polisi itu.

Apa Akan Jadi Jika Saya Tidak Buat Apa Apa Tuntutan?

Sebaiknya memang kita berharap agar anda tidak membuat apa apa tuntutan. Jika anda memang tidak melakukan apa apa tuntutan, kebanyakan polisi takaful mempunyai wang simpanan yang anda boleh keluarkan pada satu satu masa dan jumlah tertentu. Anda boleh rujuk pada ejen anda tentang wang simpanan itu kerana ianya bergantung kepada syarikat takaful itu sendiri. Tetapi ada yang tiada wang simpanan, maka anda boleh dikatakan rugi.

Apa Jadi Jika Ejen Saya Hilang?

apa jadi jika agent takaful saya hilang

Soalan ini jarang ditanya kepada ejen, tetapi ianya berlaku dan ramai juga yang mengalami masalah ini. Ejen tidak dapat dihubungi dan sebagainya.

Dalam hal ini, jika ejen anda sudah tidak lagi bertugas atau tiada, maka pihak syarikat akan menghantar surat makluman kepada anda beserta dengan maklumat ejen baru yang akan berkhidmat untuk anda. Walaubagaimanapun jika anda mengenali mana mana ejen yang anda ingin menggunakan perkhidmatan beliau, maka anda boleh kemukakan kepada syarikat.

Pelan takaful anda akan berjalan seperti biasa walaupun ejen anda sudah tiada, jangan takut. Atau anda boleh hubungi kami untuk kami bantu anda secara percuma.

Berapa Harga Yang Ideal Untuk Saya Ambil Takaful?

berapa harga yang sesuai untuk saya ambil sesuatu pelan takaful

Berapa harga yang ideal untuk anda ambil takaful adalah bergantung kepada berapa pendapatan anda dan berapa banyak keperluan perlindungan takaful anda.

5-15% dari pendapatan anda adalah nilai yang ideal untuk anda ambil sesebuah pelan takaful.

Jika gaji anda RM2000, maka RM100-RM300 adalah nilai yang ideal untuk anda ambil sesebuah pelan takaful.

Ingin cari pelan takaful terbaik mengikut keperluan dan bajet anda? Sila isi borang di bawah. Kami akan hubungi anda dengan segera.

  • Butiran Diri Anda

 

Leave a Reply