“Tahniah, anda akan menimang cahaya mati tidak lama lagi”
Itulah ayat yang paling menggembirakan bagi seorang suami mahupun isteri. Hadirnya seorang ahli keluarga baru yang akan menjadi seri dalam sesebuah rumahtangga. Pastinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka yang akan lahir itu. Namun risiko akan tetap ada. Dengan adanya beberapa keistimewaan pelan perlindungan ini, kami yakin setiap ibu bapa akan rasa tenang setelah memilikinya.
1. Conginetal Condition
Terdapat 17 jenis conginetal condition yang tersedarai dalam penyakit yang dilindungi di bawah pelan ini. Secara umumnya, penyakit ini merupakan pengecualian (tidak dilindungi) bagi pelan takaful yang biasa, kerana penyakit ini adalah penyakit sedia ada. Tetapi pelan ini menyediakan pampasan sehingga RM30,000 kepada mana mana pelanggan yang ada penyakit ini. Antara penyakit yang tersenarai adalah:
- Ventricular Septal Defect
- Atrial Septal Defect
- Tetralogy of Fallot
- Transposition of Great Vessels
- Coarctation of the Aorta
- Infantile Hydrocephalus
- Cerebral Palsy
- Spina Bifida
- Cleft Lip with/without Cleft Palate
- Congenital Cataract
- Congenital Deafness
- Anal atresia
- Oesophageal Atresia
- Congenital Diaphragmatic Hernia
- Tracheo-oesophageal Fistula
- Down’s Syndrome
- Retinopathy of Prematurity
2. Extendable
Extendable atau lanjut tempoh luput polisi takaful merupakan salah satu keistimewaan pelan ini. Contohnya, jika anda mengambil produk ini dan tarikh luput pada umur 60 tahun, dan anda ingin melanjutkan tempoh luput polisi takaful ini kepada 70, 80, 90 atau 100 tahun adalah boleh. Pelanggan boleh membuat pilihan sama ada ingin menambah tempoh perlindungan ataupun tidak.
Berbeza dengan kad perubatan takaful yang lain, anda tidak boleh melanjutkan tempoh luput polisi tersebut. Sekiranya sudah tiba tarikh luput polisi dan anda masih ingin dilindungi oleh kad perubatan, anda harus melakukan permohonan baru (new sign up), dan perlu diingatkan jika anda sudah ada penyakit sebelum memohon kad perubatan yang baru itu, kebarangkalian syarikat takaful untuk menolak permohonan takaful anda adalah tinggi. Inilah keistimewaan yang ada dalam pelan perlindungan bayi dalam kandungan ini.
3. Education bonus
Education bonus adalah salah satu insentif wang tunai yang diberikan kepada peserta pelan ini. Ibarat duit percuma yang diberikan oleh syarikat takaful kepada anak anda yang cemerlang dalam peperiksaan. Bukan sahaja di peringkat sekolah, malah sehingga di Universiti juga ada.
Exam | Award | Minimum Achievement |
---|---|---|
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) | RM 500 | Straight A(s) |
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) | RM 1000 | Straight A(s) |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | RM 1500 | Straight A(s) |
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) | RM 1500 | Straight A(s) |
General Certificate of Secondary Education (GCSE) | RM 1500 | Straight A(s) |
Advanced Level General Certificate of Education (A-Level) | RM 1500 | 3A |
International Baccalaureate (IB) | RM 1500 | 42 points |
Diploma or Degree | RM 2000 | CGPA 3.5/1st class |
4. Education saving
Kami percaya bahawa setiap ibu dan bapa inginkan anak mereka jadi yang terbaik dalam segala aspek, kesihatan, pendidikan, akhlak dan sebagainya. Oleh itu, anak-anak juga perlu disediakan dengan keperluang yang cukup. Dalam pendidikan, ibu bapa perlu mengeluarkan modal yang agak besar. Jadi, pelan perlindungan dalam kandungan ini adalah pelan lengkap dimana ianya memberi perlindungan kepada anak anda dan menyediakan dana pendidikan untuk mereka.

Disamping anda menyumbang untuk perlindungan takaful, ada juga dana tersedia untuk anak anda. Anda mempunyai dua pilihan dalam mengurus pendidikan anak anda:
- Menyimpan sekarang + peroleh dividen
- Meminjam kemudian + bayar interest
5. Premature baby
Premature baby atau bayi pra matang (lahir kurang bulan) adalah salah satu risiko kepada semua ibu yang mengandung, terutama bagi ibu yang mempunyai komplikasi semasa hamil. Bagi bayi yang pramatang ini, mereka sangat sangat terdedah kepada risiko risiko kesihatan seperti:
- Sukar mengawal suhu tubuh mereka sendiri
- Jangkitan
- Paru-paru kurang matang
- Sistem kardiovaskular kurang matang
- Sistem gastro usus kurang matang
- Hati kurang matang
- Maslah tumbesaran – riket, anemia
- Sistem saraf pusat
Oleh kerana risiko ini sangat bahaya kepada bayi pramatang, kebanyakan syarikat takaful tidak mengambil bayi pramatang ini sebagai perserta takaful mereka sehingga mereka berumur 2 tahun. Tetapi bagi mereka yang sudah mengambil pelan ini, maka anda akan terus dilindungi Tanpa perlu menunggu 2 tahun.
6. Pelbagai Pampasan
Dalam pelan ini, terdapat banyak jenis perlindungan yang tersedia bagi peserta yang mengambilnya. Perlindungan ini dalam bentuk pampasan wang tunai.
Benefit | Term | Amount Payable |
---|---|---|
(A) Pregnancy Care Benefit | ||
(i) Pregnancy Complications (Upon the first diagnosis only) Eclampsia, Abruptio Placentae, Amniotic Fluid Embolism, Acute Fatty Liver of Pregnancy or Disseminated Intravascular Coagulation Pregnancy complications (as listed above) accompanied by Gestational Diabetes Mellitus | Pregnancy Period | RM 5,000 Additional RM 1,000 (on top of the RM 5,000 above) |
(ii) Death of foetus | Pregnancy Period | RM 5,000 |
(iii) Death of the mother | Pregnancy period or within 30 days from the birth of the child | RM 20,000 |
(B) Child Care Benefit | ||
(i) Death of the child (i.e. Covered Person) | Within 30 days from birth | RM 5,000 |
(ii) Birth requiring ICU/HDU | Maximum 60 days within the first year of birth | RM 500 per day |
(iii) Incubation of the new born child | Within the first 60 days from birth | RM 200 per day |
(iv) Neonatal Jaundice requiring Phototherapy Treatment | Within the first 60 days from birth | RM 1,000 |
(v) Hospitalisation due to congenital conditions | Up to child attaining age 5 years | Hospitalisation reimbursement up to RM 30,000 p.a. |
(vi) Infectious Disease Benefit | Up to child attaining age 5 years | RM 1,000 per lifetime |